English Sure Boleh!

ESB




RINGKASAN PROGRAM
English Sure Boleh! ini dikendalikan oleh pasangan suami isteri yang begitu ceria, serasi dan mesra dalam berkongsi segala tips dengan para peserta. Sepanjang seminar yang menghiburkan ini, peserta disarankan untuk bersikap selamba bagi menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mudah menerusi kemahiran penulisan, pembacaan, komunikasi dan pendengaran.

Melalui seminar ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik yang diadun dengan begitu sistematik dan canggih yang mampu membantu peserta menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah, ringkas, cepat dan tepat. Peserta juga akan didedahkan dengan cara komunikasi yang lebih unik dan berbeza agar mereka akan menjadi lebih berkeyakinan dan tampak berketrampilan apabila menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi harian.
BIODATA PANEL
Nama :
Coach Ridz (Ridzuan A. Ghani) & Coach Sha (Rasheedah Zakariya)

Pendidikan :
Sarjana (Sosiologi), UKM (Coach Sha)
Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi), UIA (Coach Ridz)
Ijazah Sarjana Muda (Sains Politik), UIA (Coach Sha)
Pengalaman :
  1. Pasangan suami isteri ini telah mengendalikan seminar untuk 200 lebih institusi pendidikan seperti sekolah, kolej serta institusi pengajian swasta dan juga awam seluruh negara. Hampir 35,000 peserta dari pelbagai peringkat bukan sahaja dikalangan para pelajar, malahan pendidik, ibu bapa dan golongan dewasa yang bekerja turut menyertainya.
  2. Penceramah motivasi bagi rancangan “Motivasi Murid” di TV9. Turut muncul di WHI, TV3, Inspirasi, RTM 1 & “KBSM English Form 3” di TV Pendidikan
English Sure Boleh!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.