Tentang Saidina Smart Consultancy

Latar Belakang Syarikat

Ditubuhkan dengan matlamat memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pendidikan serta sahsiah, Saidina Smart Consultancy merupakan “YOUR ONE STOP TRAINING CENTER” untuk pelanggan kami mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada gabungan pakar-pakar motivasi, akademik dan konsultan bumiputera. Program dan modul latihan yang dikendalikan menjurus kepada pelbagai aspek serta mengambilkira arus perubahan pendidikan hari ini. Kami berpengalaman dalam mengendalikan kursus serta seminar untuk peringkat sekolah dan organisasi kerajaan, korporat dan profesional. Fokus kami adalah untuk memberikan sokongan dan bimbingan dalam meningkatkan dan melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang.

Di Sebalik Saidina

SAIDINA merupakan singkatan kepada Smart Activates Intellectual Delegate In National Achievement. Ianya bertepatan dengan misi dan visi penubuhan kami dalam perniagaan berorientasikan pendidikan dan pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


VISI KAMI

  • Melahirkan pelajar cemerlang dalam aspek pendidikan dan sahsiah sehingga menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di pentas global.
  • Mewujudkan generasi muda hari ini memiliki jati diri, nilai kepimpinan ,daya juang dan daya saing yang tinggi
  • Memperkasa pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk memiliki MINDA KELAS PERTAMA


MISI KAMI

  • Mendedahkan kepada pelajar kaedah untuk memiliki kekuatan mental, fizikal, emosi dan spiritual dalam menghadapi cabaran pendidikan dan sahsiah di abad ke 21 miladiah ini.
  • Menyiapkan pelajar dengan teknik pembelajaran berkesan dari aspek ingatan,pengurusan masa, penetapan matlamat, mengenal potensi diri dan memahami gaya belajar.
  • Mengenalpasti dan menyediakan keseluruhan aspek kendiri ke arah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri.
  • Memberikan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab individu kepada keluarga,bangsa, agama dan negara.
  • Membina tahap keyakinan diri yang tinggi, daya saing, daya juang, dengan memiliki harga diri (self esteem) yang berkualiti
  • Membantu meningkatkan tahap kecemerlangan peserta dalam peperiksaan yang diambil.
  • Mencungkil dan menerapkan nilai kepimpinan,kreativiti, inovasi dengan kemahiran analitikal dan kritis dalam membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang
Tentang Saidina Smart Consultancy
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.