Pemimpin Hebat

Pemimpin Hebat



RINGKASAN PROGRAM



Program kepimpinan secara menyeluruh merupakan satu kaedah yang boleh memberikan input bersepadu kepada pelajar yang meliputi pengisian latihan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial yang amat diperlukan dalam diri seseorang pelajar untuk menjadi pemimpin yang mantap di sekolah dan dalam masyarakat. Pemimpin pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk memimpin dengan mengetahui pelbagai kemahiran dalam memimpin organisasi mereka.
Melalui program ini, pelajar akan dilatih dengan budaya hidup cemerlang sebagai pemimpin dan dapat merealisasikan cita-cita serta harapan keluarga, agama, bangsa dan negara pada masa akan datang. Pelajar juga akan lebih mempunyai kebolehan dan keyakinan diri untuk menghadapi situasi kepimpinan yang semakin mencabar di sekolah dan dalam masyarakat, juga akan lebih berkemampuan untuk melakukan ‘Smart Leadership’ daripada ‘Hard Leadership’.
BIODATA PANEL
Nama :
Tuan Haji Nor Azlan bin Sarmudan

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi, UTM Ijazah Sarjana Muda Psikologi, UKM

Pengalaman :
  1. Kaunselor Pembangunan selama 8 tahun dan telah mengendalikan berbagai kes-kes kaunseling dan merancang program-program pembangunan manusia.
  2. Tenaga jurulatih program Motivasi Asas Pelajar YBJB dari tahun 1999 hingga kini.
  3. Penyelaras program Kem Study Smart dan Smart Learning pelajar YBJB dari tahun 2001 hingga kini.
  4. Jurulatih program Kepimpinan Matrikulasi peringkat Kebangsaan tahun 2004. Jurulatih dan penceramah dalam berbagai bentuk program pembangunan manusia yang dianjurkan oleh berbagai pihak seperti sekolah, badan kerajaan, konsultan luar dan badan-badan bukan kerajaan.
Pemimpin Hebat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.