Teknik Smart Exams UPSR, PMR & SPM

Teknik Smart Exams UPSR, PMR & SPM



RINGKASAN PROGRAM



Keluarga Asas Kemajuan Negara. Ungkapan ini sering dijadikan landasan dan dasar kerajaan ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang membangun ke arah negara maju menjelang Wawasan 2020.

Golongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam melahirkan dan membentuk generasi pewaris kepimpinan negara yang mempunyai jati diri serta disiplin tinggi. Ibu bapa perlu mempersiapkan diri dari aspek keilmuan dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak-anak sebagai pembina tamadun ‘khayra ummah’.

Program Keibubapaan ini dapat mendorong para ibu bapa agar menjadikan keluarga sebagai sebuah institusi terpenting ke arah keutuhan masyarakat dan negara. Sehubungan itu, anak perlu sentiasa dibekalkan dengan motivasi dalam membentuk sahsiah diri yang sempurna di samping jati diri yang kuat supaya jiwa mereka tidak rapuh.

Selain itu, program ini juga menyedarkan para ibu bapa akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap sahsiah dan akademik anak di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan anak. Program ini dapat membuka minda ibu bapa tentang maklumat-maklumat akan cabaran semasa dalam mendidik anak-anak pada masa kini.

Secara keseluruhannya, menerusi program ini ibu bapa dapat mempeolehi kaedah-kaedah untuk membina Keluarga Bahagia, serta memahami ciri-ciri keluarga cemerlang. Cabaran dalam pembentukan Keluarga Cemerlang turut didedahkan di samping mengupas kaitan antara satu sama lain mengenai Keluarga Cemerlang Negara Gemilang.
Teknik Smart Exams UPSR, PMR & SPM
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.