Finger Calculator

Finger Calculator


RINGKASAN PROGRAM

Teknik pengiraan ( + - × ÷ ) menggunakan jari ini bertujuan untuk merangsang perkembangan otak, meningkatkan kecerdasan minda dan membina keyakinan kendiri. Walaupun kesan nyatanya adalah kemahiran mengira pantas dan penguasaan matematik, namun ianya lebih merupakan suatu terapi minda untuk semua golongan dan peringkat umur.
Program ini adalah satu latihan terapi untuk merangsang dan membina darjah kekuatan,keupayaan dan kecekapan 8 zon minda iaitu tumpu, lihat, dengar, faham, hayat, teliti, peka, dan ubahsuai (kreatif). Kaedah latihan ini menggabungkan penggunaan nombor dan aritmetik (fakta), kekuatan, kecekapan, ingatan dan bayangan bergambar pergerakan dan nilai manik-manik sempoa (imaginasi), kesabaran ,kecekalan, keyakinan, ketenangan, keberaniaan, kewibawaan (faktor dalaman = Spirit Quotion-SQ), melatih minda pelajar berfikir dengan pantas, betul, yakin, berani, dan seterusnya menyerlahkan kewibawaan dan keterampilan individu tersebut dengan mampu memberikan satu keputusan jawapan yang cepat dan tepat.
BIODATA PANEL
Nama :
Mohamad Rafek bin Haji Baputey

Pendidikan :
Diploma L.C.C.I, Kolej Negeri

Pengalaman :
  1. Penerbit dan pengarang buku Matematik (Kira Cepat).
  2. Pencipta kaedah pengiraan darab pantas dengan menggunakan jari.
  3. Penceramah, PKIP YAYASAN PELAJARAN MARA
  4. Motivasi dan kemahiran untuk anak-anak dan keluarga kakitangan kerajaan,korporat dan swasta.
  5. Ketua konsultan untuk World Book International Malaysia dan menerima anugerah sebagai “National Winner” 2005 di Beijing untuk Rancangan Pra Sekolah Antarabangsa (Early Childhood Development).
  6. Sebagai pembimbing ibu bapa muda (young parent) untuk mengenalpasti potensi dan personaliti pembelajaran kanak-kanak melalui “dermatoglyphic”.
Finger Calculator
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.