Kem Ibadah Nur Iman

Kem Ibadah Nur Iman


Ringkasan Program

Program ini merupakan program yang diperkenalkan khusus untuk menimbulkan kesedaran mengenai betapa pentingnya perisian berbentuk kerohanian diterapkan kepada pelajar-pelajar di peringkat awal agar terdidik dengan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih praktikal dan berkesan khususnya di dalam memantapkan ilmu fardhu ain di dalam diri pelajar-pelajar. Aspek teori dan praktikal mengenai cara belajar berkesan dan asas-asas fardhu ain akan ditekankan untuk memberikan sesuatu perisian yang dapat memahirkan lagi pelajar terbabit dengan sistem pembelajaran masa kini dan ilmu bercorak keakhiratan.

Melalui program ini pelajar akan mendapat pendedahan yang meluas dalam penggunaan ilmu fardhu ain secara berkesan dan dinamik untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Pelajar juga dapat meningkatkan kesedaran dan memperkukuhkan ilmu-ilmu berkaitan dengan fardhu ain di dalam diri setiap pelajar supaya dapat digunakan sebagai amalam harian. Program ini akan melahirkan golongan pelajar yang mempunyai keseimbangan antara keperluan di dunia dan di akhirat. Insyaalah.
Kem Ibadah Nur Iman
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.