Kursus Motivasi Kepimpinan Sek. Agama Tmn Seri Saujana



Salam Mahabbah Fillah buat pelapis, pewaris dan bakal pemimpin agama bangsa dan tanah air untuk adik-adik dari Sekolah Agama Taman Seri Saujana.

Uncle memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kelancaran Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang diadakan selama 2 Hari 1 Malam bertempat di Alaf Golf & Country Club, Kulai, Johor.

Pihak Sekolah, Saidina Smart Consultancy dan para peserta program jua amat bebesar hati menerima kedatangan Y.B. Datuk Halimah binti Mohd Sadique, Ahli Parlimen Tenggara yang sudi meluangkan masa beliau untuk turun padang bagi merasmikan program ini.

Jadikanlah pengalaman adik-adik selama 2 hari itu dalam membina "Pemimpin Permata Diri" yang bersandarkan kepada sifat kehambaan dengan sentiasa memohon RAHMAT DARI ALLAH, SYAFAAT RASULULLAH, KEBERKATAN DARI GURU dan DOA DARI IBUBAPA agar menjadi pemimpin yang benar-benar beramanah dan menyampaikan segala misi dan visi sekolah dengan bijaksana .

Semoga segala usaha murni yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah terutama Ustazah Hjh Seti Patonah bt Safiee, Ustaz Hiasan b. Panot, Ustaz Mohd. Shahrul b. Subani serta semua guru-guru yang terlibat dapat melahirkan bakal-bakal pemimpin yang ulung di dunia dan akhirat. Insya'allah.

Di sini Uncle, Pak Tam, Abg. Amiey, Abg. Fiq, Abg. Ali, Abg. Osman, Kak Su, Kak Ju,KaK Hana... sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik di dunia dan akhirat. Allahhumma bi amin.
Kursus Motivasi Kepimpinan Sek. Agama Tmn Seri Saujana
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
February 9, 2012 at 3:25 PM

as salam, trime kseh tk trhinga kpd semua yg trlibat dlm menjayakan program tersebut, hanya allah yg mampu membalas nya..syukran..

Reply