Bengkel Bijak Memilih Kerjaya

BengkelMemilihKerjaya

Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² tersebut dari pautan (link) URL berikut: KLIK! > Album Bengkel Bijak Memilih Kerjaya Felda Mempaga, Raub, Pahang




Alhamdullilah pada 22 & 23hb Disember, BENGKEL BIJAK MEMILIH KERJAYA telah dijalankan di Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang, Raub, Pahang. Khusus untuk Pelajar² LEPASAN SPM FELDA MEMPAGA & KOYAN. Program 2 hari 1 malam ini dijalankan secara 'Expriential Learning' iaitu:
  1. Mengenali potensi diri melalui tarikh lahir.
  2. Mengenali kecenderungan kerjaya melalui 'MINAT KENDIRI' & 'GENO GRAM'
  3. Mengenali peluang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS yang seiring dengan kebolehan & minat belajar.
  4. Bijak memilih tawaran dan bidang berdasarkan keputusan SPM.
Bengkel yang penuh dengan informasi ini dikongsi oleh En. Ibrahim Bin Ya'akob bersama Tuan Haji Maskun & Tuan Haji Md Noor serta krew Saidina Smart Consultancy.

Sekalung pujian serta ucapan tahniah diucapkan kepada En. Puniran Bin Ahmad, Ketua Unit Pendidikan serta En. Amna Saufi Bin Ali dan warga kerja dari Felda Wilayah yang mengambil inisiatif dan bersama-sama untuk menjayakan program ini. Semoga... OPPSS!! Tidak lupa kepada adik² yang bakal menjadi doktor, peguam, pensyarah, usahawan, guru, perdana menteri, juruterbang, DJ dan lain². Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda hingga ke puncak kecemerlangan di dunia & di akhirat.
Bengkel Bijak Memilih Kerjaya
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.