Kem Motivasi Permata Diri 26 - 28/03/2010

20100326-28KemMotivasiPermataDiri

Salam Mahabbah Fillah untuk adik-adik yang dikasihi daripada 'Rancangan Keluarga Bestari'. 

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana tarikh 26, 27 dan 28 Mac tempohari dapat kita berkampung seperti sebuah keluarga di Tiram Indah Village. Wow! Abang-abang dan kakak-kakak amat berbesar hati dan bangga kerana dapat bertemu dengan adik-adik yang begitu bermotivasi, bijak, hebat dan berwawasan,.... Ooops! Satu lagi, adik-adik memang 'sporting' dan 'best'!

Banyak halangan dan rintangan berjaya dilalui dengan jayanya dan ini membuktikan adik-adik mampu lakukan yang terbaik malah lebih baik lagi pada masa akan datang. Insya Allah...

Untuk senantiasa mengekalkan kejayaan, adik² perlulah sentiasa bermohon:

  1. Rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala
  2. Sentiasa solat dan berdoa
  3. Syafaat dari Rasulullah S.A.W
  4. Berkat dari guru-guru dengan menyayangi dan hormat semua guru-guru yang mengajar adik² di sekolah.
  5. Doa dari ibu bapa dengan menyenangkan hati mereka melalui kata-kata dan perbuatan kita. Amin.


Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² motivasi tersebut dari pautan (link) URL berikut: KLIK! Album Motivasi Permata Diri Rancangan Keluarga Bestari II
Kem Motivasi Permata Diri 26 - 28/03/2010
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.