Program Bicara Kampus




20100321_BICARAKAMPUS


Program BICARA KAMPUS ini adalah berbentuk motivasi dan inspirasi. Ini merupakan program pemangkin semangat eksklusif buat Adik-Adik Rancangan Keluarga Bestari yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Seramai 3 orang mahasiswa dari beberapa buah universiti tempatan iaitu

1. Abang Mohd Firdaus mewakili Universiti Utara Malaysia
2. Kak Nas Fatehah mewakili Universiti Teknologi Mara
3. Kak Salmi Nur Ain mewakili Universiti Islam Antarabangsa

turut berkongsi tenik jati diri dan cara belajar yang berkesan bagi menanam lagi sifat ingin belajar dalam diri pelajar serta mengukuhkan lagi empat elemen penting iaitu Rahmat Allah, Syafaat Rasulullah, Berkat Guru-Guru dan Doa Ibu Bapa.

Selain itu pelbagai hasil karya multimedia dari abang dan kakak-kakak tersebut telah didemonstrasikan kepada Adik-Adik sebagai pembakar semangat untuk belajar sehingga mencapai tahap kejayaan seperti yang telah dicapai oleh abang & kakak-kaka tersebut capai. Turut disampaikan pengetahuan serba sedikit tentang universiti masing-masing serta menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan jurusan yang diambil oleh Abang & Kakak-kakak tersebut.


TARIKH : 21 Mac 2010, Ahad
MASA : 8.00 a.m - 5.00 p.m
TEMPAT :  Ponderosa Golf  n Country Club,
10-C, Jalan Bumi Hijau 3, Taman Molek, JOHOR BAHRU
KLIK DI SINI! untuk Peta Lokasi



Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² tersebut dari pautan (link) URL berikut: KLIK! Album Program Bicara Kampus 21.03.2010

Program Bicara Kampus
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.