KEM MATEMATIK 'Kira Cepat, Jawab Tepat'



20100723-25_KEMMATEMATIK-RKB

SYABAS diucapkan buat adik-adik yang sanggup berdikari berjauhan dari keluarga tercinta kerana menyertai Kem Matematik 'Kira Cepat Jawab Tepat' selamat 3 hari 2 malam demi mencari ilmu tip-tip dan formula baru dari Pak Usu bersama para fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada Abang Kakek, Kak Shamirah, Kak Lina, Kak Yanz, Kak Noya, Kak Jannah, Kak Hana, Kak Soba, Kak Surya serta Abang Amy.

Pada awal kedatangan adik-adik ke Kem Matematik, ada di antara adik-adik yang tampak segan dan malu untuk tampil kehadapan bagi menjawab soalan yang Pak Usu ajukan. Mungkin kerana tidak yakin dengan jawapan sendiri atau tidak dapat mengikuti soalan-soalan Matematik yang disoal oleh Pak Usu dengan laju. Namun segalanya berubah apabila Pak Usu berkongsi satu demi satu teknik dan tip agar adik-adik dapat mengira dengan cepat dan menjawab dengan tepat. Adik-adik lebih berkeyakinan untuk menjawab dan saling berebut untuk menjawab soalan-soalan yang Pak Usu ajukan. Alhamdullilah, fobia adik-adik terhadap Matematik berjaya dikikis.

Kami amat kagum dengan keterujaan adik-adik dalam mempelajari setiap ilmu yang dicurahkan sehingga sanggup bersekang mata hingga jam 1 pagi selama 2 hari berturut-turut. Mungkin ada yang tidur tak lena kerana rindukan keluarga namun tetap ceria bangun Subuh seawal 5 pagi. Kemudian diikuti dengan aktiviti riadah serta pelbagai LDK yang menyeronokkan bersama Abang dan Kakak² Fasi. Diselang-seli dengan tip-tip dan formula-formula baru dari Pak Usu.

Paling membanggakan apabila pengiraan yang melibatkan angka-angka besar seperti Ratus Juta dalam operasi TAMBAH, TOLAK, DARAB, BAHAGI, PECAHAN, PERPULUHAN dan lain-lain, mampu dijawab kurang dari 40 saat tanpa menggunakan kalkulator dan alat tulis oleh adik-adik. Tahniah diucapkan!

Pihak SSC juga turut berbesar hati menerima tetamu-tetamu dihormati yang datang nun jauh dari KL iaitu Abang-Abang & Kakak dari tim SuperMATH Skills untuk bersama-sama menemani adik-adik sepanjang program berlangsung.

Senantiasalah merendah diri dan mempunyai sifat kehambaan serta sentiasa memohon RAHMAT DARI ALLAH, SYAFAAT RASULULLAH, KEBERKATAN DARI GURU dan DOA DARI IBUBAPA walaupun adik-adik kini telah berjaya mempertingkatkan potensi dan mempunyai kelebihan selepas menghadirkan diri ke KEM MATEMATIK 'Kira Cepat Jawab Tepat'.


Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² tersebut dari pautan (link) URL berikut:
KEM MATEMATIK 'Kira Cepat, Jawab Tepat'
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.