Kem Ibadah Nur Iman



20100827-29_KemIhyaRamadhan-RKB

TAHNIAH diucapkan buat adik-adik yang jiwa yang ketal kerana walaupun adik-adik berpuasa namun masih bersemangat tinggi untuk melaksanakan aktiviti dan tugasan sepanjang program

Kami berbangga melihat adik-adik yang tidak dapat turut serta berbuka puasa dengan keluarga selama beberapa hari serta sanggup berpisah dengan keluarga dan berdikari sendiri  sepanjang Kem Ihya' Ramadhan selama 3 hari 2 malam demi mencari ilmu agar menjadi insan yang hebat dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Berikut adalah petikan ucapan dan pesanan daripada penceramah motivasi, Tuan Haji Norazlan Samurdan

"Buat semua peserta, diharapkan segala ilmu khususnya ilmu fardhu ain dan pengetahuan mengenai Sirrah Rasulullah dapat dihayati dan dipasakkan dalam jiwa anda semua. Hanya ilmu-ilmu sebegini sahaja dapat memberikan lebih ketenangan kepada diri anda dan dapat menghindarkan anda semua dari terjebak dengan gejala-gejala negatif yang sedang melanda remaja sekarang ini. Anda semua telah menunjukkan kerjasama yang sangat hebat dalam kem ini dan sentiasa menunjukkan sikap ingin belajar. Tapi ingat adik-adik semua, HANYA DISIPLIN YANG MAMPU MEMBAWA ANDA UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. Teruslah amalkan ilmu yang anda perolehi dalam kem ini sepanjang masa kerana hanya anda yang mampu mengubah diri anda sendiri. Ilmu yang anda perolehi tersebut adalah untuk diri anda sendiri, bukan untuk orang lain. Oleh itu, teruskanlah menjadi manusia yang hebat di dunia dan terhebat di akhirat. Ingat pesan semua fasilitator kem ini: JANGAN TINGGAL SOLAT LIMA WAKTU DAN IKHLASLAH DALAM BERIBADAT KEPADA ALLAH. InsyaAllah anda akan berjaya seluruhnya."

Pihak SSC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Haji Norazlan Samurdan berserta tim fasilitator yang turut menjayakan program ini.

Senantiasalah merendah diri dan mempunyai sifat kehambaan serta sentiasa memohon RAHMAT DARI ALLAH, SYAFAAT RASULULLAH, KEBERKATAN DARI GURU dan DOA DARI IBUBAPA buat adik-adik Rancangan Keluarga Bestari yang disayangi dan diingati selalu.


Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² tersebut dari pautan (link) URL berikut:
Kem Ibadah Nur Iman
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.