Motivasi Matematik di UiTM Jengka Pahang



20101016_UiTMJengka

SYABAS diucapkan buat adik-adik yang merupakan para penuntut di Kampus Khazanah Alam, UiTM Cawangan Jengka Pahang yang begitu bersemangat berada di hadapan pintu masuk dewan seawal dinihari. 


Kami, warga Saidina Smart Consultancy yang julung kalinya menjejakkan kaki ke Kampus Khazanah Alam, terpegun melihat suasana menghijau yang indah serta udara persekitarannya yang begitu segar dan bersih. Terasa begitu tenang dan damai sekali ketika berada di sini. Kami percaya, bahawa adik-adik penuntut di sini senantiasa berada di dalam keadaan cergas dan cerdas dari segi fizikal mahupun mental mana tidaknya, adik-adik terhindar dari hiruk-pikuk suasana kota dan udara yang kian tercemar.

Hari peperiksaan sememangnya terlalu hampir dan tidak dapat disangkal lagi bilamana pihak SSC melihat sendiri susun atur di dalam dewan sedemikian rupa. Tentu tatkala adik-adik duduk di situasi sebegitu, degupan jantung semakin kuat terasa dan terasa sukar untuk menjawab kertas peperiksaan subjek Matematik yang bakal diduduki nanti. BUANG JAUH-JAUH rasa itu! Hadapilah dengan penuh ketenangan. Semua itu hanyalah bayangan minda yang menakutkan diri adik-adik sendiri dan ianya harus dikikis dan ditepis!

Pada awal program, ada di antara adik-adik yang tampak segan dan malu untuk tampil kehadapan bagi menjawab soalan yang Pak Usu ajukan. Mungkin kerana tidak yakin dengan jawapan sendiri atau tidak dapat mengikuti soalan-soalan Matematik yang disoal oleh Pak Usu dengan laju. Namun segalanya berubah apabila Pak Usu berkongsi satu demi satu teknik dan tip agar adik-adik dapat mengira dengan cepat dan menjawab dengan tepat. Adik-adik lebih berkeyakinan untuk menjawab dan saling berebut untuk menjawab soalan-soalan yang Pak Usu ajukan. Alhamdullilah, fobia adik-adik terhadap Matematik berjaya dikikis.

Kami amat kagum dengan keterujaan adik-adik dalam mempelajari setiap ilmu yang dicurahkan. Semoga apa yang dikongsikan oleh Pak Usu dengan adik-adik dapat meningkatkan lagi kesedaran bahawa matematik amat penting dalam kehidupan seharian dan matematik bukannya suatu subjek yang susah sebaliknya ianya amat menghiburkan. Pokok pangkalnya ianya terpulang pada invidividu itu sendiri untuk sentiasa berfikiran positif dan menganggap MATEMATIK adalah suatu yang MUDAH, SENANG dan MENYERONOKKAN.

Senantiasalah merendah diri dan mempunyai sifat kehambaan serta sentiasa memohon RAHMAT DARI ALLAH, SYAFAAT RASULULLAH, KEBERKATAN DARI PARA PENSYARAH YANG MENDIDIKMU dan DOA DARI IBUBAPA walaupun adik-adik kini telah berjaya mempertingkatkan potensi dan mempunyai kelebihan selepas menghadirkan diri ke program MOTIVASI MATEMATIK yang diusahakan oleh para pensyarah dah pihak universiti yang sentiasa prihatin terhadap para penuntutnya.


Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² tersebut dari pautan (link) URL berikut:
Motivasi Matematik di UiTM Jengka Pahang
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.