Kem Smart Leadership

20101126-28_SmartLeadership-RKB000

Pertamanya, pihak SSC ingin mengucapkan tahniah kepada buat adik-adik yang telah melaksanakan segala tugasan dan aktiviti dengan baik sepanjang Kem Smart Leadership ini berlangsung. Bak kata pepatah, 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya' dan dikesempatan inilah juga pihak SSC telah memastikan bahawa adik-adik yang masih muda dapat dilentur sebaik mungkin. Disamping menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang mana bukan sahaja boleh mengurus diri sendiri, tetapi adik-adik juga boleh mengurus kumpulan.

Ini penting pada suatu masa akan datang untuk adik-adik semua. Kemahiran kepimpinan yang dapat disemarakkan dalam diri dapat memastikan adik-adik akan lebih berketrampilan, berkeyakinan dan lebih dipercayai dalam memikul sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan atau menyandang sebarang jawatan sebagai ketua untuk suatu kumpulan atau organisasi.


Mungkin ada di antara adik-adik yang sebelum ini sebenarnya rasa diri mereka boleh menjadi ketua atau pemimpin, tetapi malu dan takut serta khuatir jikalau dianggap 'poyo' oleh ahli-ahlinya. Kini tentu adik-adik dah arif macam mana nak tangani perasaan tersebut. Ingatlah bahawa sebagai ketua, janganlah kita ingat bahawa pendapat yang kita berikan adalah yang betul dan terbaik. Sebaiknya sebagai seorang ketua dan pemimpin, adik-adik perlulah menyaran ahli-ahli kumpulan untuk menyumbangkan ide dan pendapat.Kadang-kadang pendapat mereka lebih bernas dan baik.

Semoga pengalaman yang adik-adik lalui sepanjang Kem Smart Leadership dapat melatih diri adik agar lebih serius dalam menjalani kehidupan serta melatih diri agar tidak bergantung kepada orang lain serta meningkatkan keyakinan diri.

Senantiasalah merendah diri dan mempunyai sifat kehambaan serta sentiasa memohon RAHMAT DARI ALLAH, SYAFAAT RASULULLAH, KEBERKATAN DARI GURU dan DOA DARI IBUBAPA walaupun adik-adik kini telah berjaya mempertingkatkan potensi selepas menghadiri Kem Smart Leadership ini.

Adik² boleh memberi komen dan melihat lebih jelas gambar² tersebut dari pautan (link) URL berikut:
KLIK! Album Kem Smart Leadership - 26 hingga 28.11.2010





Kem Smart Leadership
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.