Tips Agar Anak Mendengar Kata



Anak-anak yang patuh bukanlah dibentuk dengan cara kekerasan atau hukuman. Matlamat kita adalah supaya kepatuhan tersebut terbit dari kesedaran dalam diri mereka. Namun proses mendidik anak-anak menjadi patuh bukanlah satu proses yang mudah.

Walau bagaimana payah sekali pun, tentunya hal ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin. Semuanya memerlukan kesabaran dan usaha yang bersungguh daripada pihak ibu bapa.

Anak-anak boleh dilatih dengan cara-cara berikut supaya lebih patuh:

1. Konsisten dalam menentukan peraturan. Jika hari ini kita menghalangnya daripada bermain di jalan raya, maka esok, lusa, dan hari-hari seterusnya pun peraturan ini mesti tetap berkuat-kuasa. Anak-anak akan selalu mencari helah untuk melanggar peraturan tetapi ibu bapa harus bertegas lebih-lebih lagi peraturan yang menjaga keselamatan mereka.

2. Dengan bersikap lembut kerana anak-anak biasanya tidak dapat memberi respon dengan baik jika kita marah-marah dan membentak-bentak. Tegas bukan bermakna kita harus bersikap keras. Dalam ketegasan, kita masih boleh berlembut. Sebagai ibu bapa, kita harus cuba untuk mengerti perasaan anak-anak dan tekankan/terangkan mengapa mereka harus mengikuti peraturan dan arahan kita.

3. Beri contoh teladan apa yang seharusnya mereka buat. Jangan menjadi seperti ‘ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul’. Jangan sampai mereka melihat kita sendiri yang melanggar peraturan misalnya kita melarang mereka membuang sampah merata-rata tetapi ada ketikanya mereka melihat kita sendiri yang mencampak sampah merata-rata.

4. Jangan terasa berat hati untuk memuji anak-anak ketika mereka melakukan sesuatu yang kita arahkan. Sekurang-kurangnya mengucapkan terimakasih atas usaha mereka melaksanakan arahan kita. Dengan itu anak-anak akan merasa lebih dihargai atas usaha mereka.

5. Berikan penjelasan kepada anak-anak akan maksud dan tujuan baik kita menetapkan sesuatu peraturan sehingga mereka memahami kenapa mereka harus mematuhi peraturan tersebut. Apabila mereka tahu bahawa peraturan yang dibuat itu adalah untuk kebaikan mereka, In Shaa Allah, mereka akan lebih mudah mematuhi.

"Anak-anak adalah amanah Allah SWT"
Tips Agar Anak Mendengar Kata
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.