Ibu Rose - Mesejnya Kasih




KITA TIDAK BOLEH TUTUP MULUT ORANG...KITA HANYA BOLEH KAWAL TINDAKAN KITA.
Untuk kita boleh mendidik anak-anak kita dengan baik, kita perlu mengimbangkan apa yang kita yakin betul setelah kita meraih ilmu dan skil dengan apa yang orang lain di sekeliling kita kata.
Internal reference dengan external reference perlu sejajar juga. Tidaklah kita perlu dengar semua kata-kata orang lain. Memadai menjadikan ianya sebagai satu checking mechanism.
Contoh, anak kita memukul anak orang lain...maka orang di sekeliling ada yang mengatakan kita tak pandai mengajar anak.
Okay, kita dengar dulu...jangan terus buang...kita tanya...di mana kita perlu membetulkan diri...anak kita memukul anak orang dan banyak pula memukul anak orang lain...oleh itu, kemungkinan kerana anak itu masih kecil dan belum boleh dinasihati...langkah yang kita boleh ambil buat masa itu adalah untuk lebih memerhati dan menjaga anak kita bila dia bersama kawan-kawannya.
Bila dia nampak hendak memukul anak orang, cepat-cepat kita pegang tangannya dan ajar dia membelai. Tak perlu marah anak itu...cuma kata...kalau sayang pukul kawan nanti dia sakit...mari kita usap kawan...nanti dia happy.
Maka kita menggunakan feedback dari orang lain itu dengan cara yang lebih membina diri dan bukan untuk menyakitkan diri mahupun anak kita.
Jika ternyata bagi kita kata-kata orang itu sangat kasar dan tidak perlu didengar...maka tidak perlulah ambil kisah.
Contoh, anak kecil 2 tahun merampas mainan kawan dan orang di sekeliling mengatakan anak itu akan jadi pencuri bila besar nanti...tak payah nak dengan...katakan Semoga Allah jauhkan dan bawa anak itu jauh dari situ dan bacakan doa yang baik untuk anak kita itu. Doa ibu dan bapa amat besar kesannya.

Kredit kepada: FB Page 
Ibu Rose - Mesejnya Kasih







Ibu Rose - Mesejnya Kasih
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.