Selamat Hari Malaysia ke 54









Tenang, damai, aman dan makmur, Negaraku Malaysia.
Negara yang dicintai, tanah tumpahnya kasih sayang yang tidak berbelah bahagi serta menjunjung kesetiaan kepada raja-raja.
Di sinilah kita dapat berbangga menjadi seorang warga kepada sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
Kita dapat melihat generasi anak-anak kita hidup dengan muhibbah penuh kemakmuran di dalam sebuah negara yang kian maju. Wujudnya satu masyarakat progresif yang mengaplikasikan sains dan teknologi moden serta minda kelas pertama yang sentiasa mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat.
Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita mampu mengukirkan senyuman yang manis, wajah yang ceria serta dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-54 dalam keadaan yang harmoni.
Di kesempatan ini, kami warga Saidina Smart Family Programme ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia!
Selamat Hari Malaysia ke 54
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.