Selamat Menghadapi UPSR 2017!

BITTAUFIQ WANNAJAH! 🎓
======================
Warga Saidina Smart Family Programme (Rancangan Keluarga Bestari) mendoakan kejayaan adik-adik yang bakal menduduki UPSR 2017 bermula Isnin ini. 📚
Dengan rahmat Allah SWT, syafaat Rasulullah SAW, berkat guru-guru serta doa dan pengorbanan ibu ayah, insha-Allah, kejayaan pasti dalam genggaman adik-adik semua! Amin.
USAHA - DOA - TAWAKAL ".🎯
Ketenangan mengatasi kegoncangan
Keyakinan mengatasi keraguan
Kesabaran mengatasi kemarahan



JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2017


ISNIN (11 September 2017)
8.15 pagi - 9.30 pagi : Bahasa Melayu Pemahaman
10.45 pagi - 12.00 t/hari : Bahasa Melayu Penulisan

SELASA (12 September 2017)
8.15 pagi - 9.30 pagi : Bahasa Inggeris Pemahaman
10.45 pagi - 12.00 t/hari : Bahasa Inggeris Penulisan

RABU (13 September 2017)
8.15 pagi - 9.15 pagi : Matematik (Kertas 1)
10.45 pagi - 11.45 pagi : Matematik (Kertas 2)

KHAMIS (14 September 2017)
8.15 pagi - 9.15 pagi : Sains (Kertas 1)
10.45 pagi - 11.45 pagi : Sains (Kertas 2)




#1 USAHA


Tips Belajar Saat Akhir
==================
 Sentiasa bertenang dan jangan cemas. Rancang tindakan (cth: jadual belajar) dan disiplin dengan perancangan yang telah dibuat. ✍🏻

 Fokus kepada 1 perkara dalam 1 masa. Lakukan senaman ringan apabila fokus daya fokus mula merosot. (cth: berdiri sambil menarik & melepaskan nafas panjang)🙆🏻

 Kekal bersemangat & positif. Bayangkan kejayaan, bukan kegagalan. 🎓💯

 Dapatkan bantuan & sokongan daripada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan apabila menghadapi kesukaran. Malu bertanya hari ini, akan menanggung malu menerima kegagalan nanti. 😉

 Rehat secukupnya agar kekal segar dan bersemangat! 






#2 DOA

Doa itu senjata Mukmin
===================
Antara waktu mustajab untuk kita berdoa adalah:

 Ketika sahur dan sepertiga malam terakhir 🌛

 Ketika berbuka puasa 🍛

 Ketika azan berkumandang dan di antara azan & iqamah 📣🕌

 Ketika sujud dalam solat 🕋

 Pada Hari Jumaat 🍃

 Ketika hujan turun 🌧

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku kabulkan." (Surah Al-Mu'min: 60)




#3 TAWAKAL

Tawakal: Kunci kelapangan hati
=========================

Menurut Prof Dr Yusuf Al-Qardawi, tawakal ialah apabila seorang manusia menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha akhirnya dia menyerahkan hasilnya kepada Allah SWT.

"Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq: 3)

Bagaimana cara untuk bertawakal?

 Yakin kepada yang memberikan jaminan, iaitu Allah SWT. 💪🏻

 Berasa cukup dengan Allah dan bergantung kepada-Nya. 👌🏻

 Dalam sebuah hadis oleh Imam Al-Hakim, Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berkata:

"Lahaula walaquwwatailla billah"
Maksudnya: Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan di sisi Allah. 

 Menerima dengan ikhlas dan bersyukur atas apa jua ketentuan. 




Selamat Menghadapi UPSR 2017!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.