TIPS SIHAT Rasanya semua orang sedia maklum akan kepentingan minum air putih. Tahukah korang bahawa minum air putih yang cukup dapat mengurangkan kandungan lemak? Sebabnya air yang cukup akan meningkatkan volume cairan tubuh sehingga dapat memecah lemak yang tertimbun dalam tubuh. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari! Lebih banyak berat badan kita, lebih banyak jumlah air putih yang perlu diminum. Lebih-lebih lagi dalam keadaan musim panas terik. Along sharekan beberapa manfaat yang diperolehi tubuh jika kita minum air putih yang mencukupi. 1. Mencegah dehidrasi. Macam mana nak tau kau dehydrate? Pertama of courselah melalui urin kau. Urin yang pekat kekuningan dan sedikit adalah tanda-tanda dehidrasi. Selain tu, melalui keadaan kulit yang hilang kelembapannya. 2. Membantu kekal fokus. Air putih membekalkan oksigen kepada otak. Bila kita minum air putih yang cukup, bermakna otak mendapat bekalan oksigen seperti yang sepatutnya. Bila otak cukup oksigen, ia mampu bekerja dengan baik dan membantu kita lebih fokus! 3. Mengeluarkan racun dalam tubuh. Racun itu adalah sisa toksik yang termendap dalam tubuh. Air putih secukupnya akan membantu tubuh menyah sisa toksik ini melalui urin dan peluh. 4. Menjaga metabolisme badan. Nak kurus? Nak kekal langsing? Jangan malas minum air putih! Semakin banyak air putih yang kita minum, makin tinggi kadar metabolisme tubuh kita. 5. Menjaga kesihatan kulit. Tubuh yang kurang air akan dapat diketahui melalui kulit yang kasar, kesat dan bersisik. Untuk kekalkan kulit agar sentiasa moist, kenalah rajin minum air putih. Kulit sihat, terserlah awet muda!

Saidina Smart Family Programme (Rancangan Keluarga Bestari) http://bit.ly/2RgOm6z

4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.